www.e-referrer.com

Saturday, February 13, 2010

Beza lelaki dan wanita (mengikut kajian)








Kali ni mummy nak share tentang perbezaan antara lelaki dan wanita..uolls msti da tau apa bezanya kan...tp mummy nak share mengikut kajian..mummy dapat info ni masa mummy pegi kursus minggu lepas. so mummy nak share kat uolls plak...tp kali ni mummy nak ambik dari sudut lebih mendalam...bkn sekadar beza yg selalu kita dengar...ok hope uolls enjoy...sebab masa mummy dengar pun terus kata dlm ati..a,ahla..betul..so jom kita tgk...


1) Wanita bercakap lebih banyak daripada lelaki?



Mengikut kajian dalam sehari wanita akan mengeluarkan 7 hingga 8 ribu patah perkataan..ermm banyakkan?


Manakala lelaki pulak hanya mengeluarkan 2 hingga 3 ribu patah perkataan sehari..


sebab tu orang kata perempuan ni banyak mulut...yg sering dikaitkan dengan mengumpat pun kaum wanita kan? tp xbermakna kaum adam x mengumpat yer...ok meh mummy citer aper hikmahnya Allah jadikan kaum wanita ni banyak bercakap..



Cuba kita tgk situasi kat rumah..kalau da ada anak saper yg akan lebih byk masa untuk berckap? ibu kan? contohnya ibu ni akan dodoikan anak..akan jaga anak sambil borak2 ngn anak..bila anak menangis ibu yg pujuk...so bayangkn kalu kemahiran bercakap takde atau kurang pada wanita..sifat kelembutan yg ada pada ibu yang membuatkan ibu lebih mahir dalam komunikasi...



ok dari sudut rumahtangga plak...contoh time balik keja...selalu orang kata ha cuba tgk kereta sebelah uolls time balik keja atau time nak g keja..kalau rancak berbual tu msti pasangan kekasih..kalau diam jer masing2 tgk depan tu msti pasangan suami isteri..ok meh mummy huraikan..ok selalunya kalau balik keja kita sembang dgn suami msti suami bagi respon yg sikit..contoh:


isteri: abang makan aper arini?

suami: nasi..

isteri: la nasi jer..lauk aper?

suami: ikan

isteri: ikan jer?xder sayur ker?



ha..kat sini da nampak kan yg wanita ni mmg banyak ckp..kesimpulannya kat sini kaum lelaki banyak abiskan waktu bercakap di tempat keja..sebab tu bila balik patah perkataan jadi kurang..sbb penat..tapi wanita tak..sbb wanita balik still kena bercakap terutama yg ada anak....sampai anak nak tido pun ibu still bercakap..betul x? so kaum wanita kalau suami kurang respon bila bercakap jangan ingat dorang x sayang kita okey..tp xsemua yer..mummy bercakap pada majoriti...


2) lelaki buta warna? wanita sukakan warna?

Mengikut kajian jgk kaum adam ni buta warna..ermm tp bukan buta warna xtahu warna apa hokey..maksudnya kat sini kaum adam xreti nak mix n match..tak macam kaum hawa yg semuanya kalau boleh nak sedondon..eh mstilah kan..kalau kita beli bju warna merah tudung pun kita nk warna tu match ngn baju tu..jarang kita tgk kalau pakai baju merah tudung warna hijau..msti nak match..kalau boleh beg ngn kasut pun nak sama warna..kalau lelaki xkisah pasal nak match ni..



sebab tu kaum adam kalau shopping ni dia x suka lama2..msti nak cepat..sbb dorang x terdorong dengan warna..sebab tu iklan kat tv atau jualan murah dorang suka gunakan byk warna..sbb wanita sasaran pihak pengiklan..kalau lelaki tgk iklan macam biasa jer..kalau wanita pantang ada jualan murah..pastu masuk mall pun berjam2 sbb warna2 dalam mall buat wanita rambang mata berbanding lelaki..so jelaskan kat sini..fuhhh panjang plak huraiannya..




3) wanita lebih jelas pada pandangan sisi? lelaki lebih jelas pada jarak belakang dan depan?

uolls tau tak apa maksud ni? okey meh mummy nak huraikan..

wanita lebih jelas pada pndangan sisi tetapi lemah menganggar jarak..


cuba uolls tgk situasi realiti..kalau perempuan bawak kereta time nak parking..ermm msti ambik masa nak parking kan..mummy xnak kata orang tapi mummy pun sama..ngeee..msti nak betul2 kan kereta berkali2..nak2 kalau parking ikut side belakang..susah nak menganggar jarak..ni mmg mummy setuju sgt2..tapi lelaki x...kadang2 sekali parking jer..kadang2 bunyi sensor keta da berbunyi2 pun lelaki relax jer berbanding wanita padahal jauh lagi..betul x?




tetapi wanita sangatla expertnya bab pandangan sisi berbanding lelaki..contohnya kalau nak tgk seseorang tanpa pandang terus pada orang tersebut..



wanita A- eh B cuba ko tgk tepi tu..eii tah apa2 tah..pakai baju xcantik langsung..(sambil memandang mengunakan ekor mata)

wanita B-(pun sambil memandang mengunakan ekor mata)..a,ahla you..eii xsesuai..



ha nampak tak? wanita hanya memandang sisi jerkan untuk melihat seseorang supaya orang yg dituju xperasan pun yg dia sedang diperhatikan..hehe uolls penah lalui x situasi ni..ngee..





tetapi kaum lelaki tersangatla lemah untuk melihat pandangan sisi..contohnya..cuba uolls tgk kalau lelaki nampak perempuan cantik cam ner dorang tengok?? ermm mana boleh tgk pandangn sisi..msti toleh dua kali punya..siap ternganga lagi..kalau boleh nak tgk sampai perempuan tu hilang dari pandangan mata..kan? tp bila di fikir balik itulah realitinya walaupun bkn semua tapi kebanyakkannya...







4) wanita sensitif berbanding lelaki?


Yang ni sure uolls tau kan..xperlu dipertikaikan lagi..tapi mummy nak huraikan ngn contoh2nya sekali supaya uolls puas ati..


wanita tersangatla sensitifnya..kadang-kadang hal kecik pun bleh jadi kecik ati..contohnya kalau kawan yang selalu g lunch ngn kita tiba2 x ajak kita..uolls kecik ati x?ermm jgn tipu x baik okey..tapi kaum adam kalau kawan xajak makan sama ada dorang kesah..xder maknanya dorang nak kecik ati..hehe..


contoh yang lain plak...wanita2 yang da penah melalui saat2 melahirkan anak pasti pernah terluah dalam ati kata sumpah xnak beranak lagi...tapi tup..tup mengandung gak..sebab apa? sebab sifat sensitif dalam diri wanita..bila tgk orang lain mengandung rasa teringin padahal da kata xnak..ni la wanita sangat sensitif...kalau lelaki mummy rasa lum tentu leh buat apa yg wanita buat iaitu mengandung dan melahirkan...sebab tu sifat sensitif Allah kurniakan buat wanita..



selain tu..wanita yang da ada anak..masa uolls tido penah x uolls terhimpit ker..tersepit anak2 uolls..rasanya xpenahkan..mummy berani kata camni sbb mummy da laluinya..padahal mummy ni tido lasak gak..tp bila da ada anak automatik jadi xlasak..kalau anak nangis pun sama..saper yang akan terjaga dulu? ibu kan? sebab apa? sebab sifat wanita yang sensitif..kalau lelaki bukan x sensitif tetapi kurang yer..jgn salah anggap yer kaum adam..


so ni la antara perbezaan antara lelaki dan wanita yang mummy rasa mmg terjadi dalam kehidupan sehari-hari..yang lain banyak lagi tapi semua klise..da selalu dengar dan semua tahu..so tujuan mummy buat entri ni bkn nak cari perbezaan semata2..sekadar berkongsi maklumat dari apa yang mummy dapat...maaf kalau apa yang mummy tulis ni ada yang x puas ati..biar apapun perbezaan antara lelaki dan wanita namun ia saling memerlukan antara satu sama lain...so renung2kan...dan selamat beramal..ngeee..




p/s-nati mummy kongsikan lagi info lain untuk uolls k..hehe ada ke nak baca...








16 comments:

ch@ said...

hei...mesti la ada yg nak baca. betul la dilla, awak mmg pandai cari info :)

Mummy_Sofea said...

cha-tq dear..info ni dilla dpt masa g kursus..dilla cuma ceritakan balik jer...

Nur -al- Ain said...

mummy tau tak nape sbnarnye statistik tu menunjukkan ppuan lagi byk cakap, sebab ppuan kene ulang dua kali ape die cakap ,

example
woman : sayang,kerete u tercalar skit tadi
man : WhAT?

see, kan kene ulang lagi. HAHA

kojah said...

betul2...hihi

Mummy_Sofea said...

ain-kihkih...ha betul gak tu..mmg kita kena jwb 2kali klu tang tu..hehe

Mummy_Sofea said...

kojah-hehe

Anonymous said...

best la info yg mummy bagi..
betul per yg mummy ckp kan,,

saya sokong 100peratus..

Unknown said...

hai mummy..asek cerita benda yang best pasal perempuan je..lelaki tak best ke mummy??

Mummy_Sofea said...

miloicekaw1119- tq darl..benda ni suma realiti kan...

sendra- hi..ish xla ckp laki xbest..kan ada citer gak kelemahan pempuan..nobody perfect rite.

Lt. fDanialz said...

saya suka entri mummy nih.. dn saya sangat setuju..

Mummy_Sofea said...

Lt. fDanialz- tq sbb suka ek..

cobraeite said...

nice entry... salam singgah jer

noradzlina.kamdani said...

wah best nye input u...sy nk bc lg tau klu de sambungan..anyway thanx sbb singgah n beri komen pd n3 sy yg dh 2 minggu tu...

Mummy_Sofea said...

noradzlina-tq..insyaallah dilla akan share tentang lain plak k..ur welcome

cobraeite said...

mummy.. ahhah kan mummy..lagu maaf tu sedih, liriknya macam cerita sebenar saya lak... bye..tq

Anonymous said...

Hello everyone! I don't know where to begin but hope this site will be useful for me.
Hope to get some assistance from you if I will have any quesitons.
Thanks in advance and good luck! :)