www.e-referrer.com

Tuesday, March 23, 2010

salam terakhir atau seketika...


Sampaikan salam buat semua


Salam terakhir salam teristimewa


Kepada kau yang tersayang


Pada teman yang ku kenang


Pemergian ku ini tak dirancang Usah bertanya mengapa aku


Mengucap salam terakhir kepada mu


Kerna waktu berputaran


Bimbang tak berkesempatan


Melahirkan kerinduan terhadapmu




lirik kat atas ni menggambarkan apa yg mummy rasa sekarang ni...mungkin ni kali terakhir mummy berblog atau mungkin mummy berehat seketika dari berblog...mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kan? mummy tau ada yg suka sgt tgk blog mummy sbb ada yang bagitau mummy.....pada yang suka terima kasih tak terhingga kat uolls..mummy sayang uolls...tapi ada jgk yang membenci dan xsuka mummy berblog walaupun mummy xtau saper kerana hanya bertopengkan Annon ajer..

so nantikan entri mummy yang seterusnya yang mungkin entri terakhir...mummy akan bagitau kenapa mummy buat keputusan ni...mungkin ada pihak yang akan suka dgn keputusan mummy ni...berundur xbermakna mummy kalah...tapi mummy nak rawat hati yang luka...yang mummy rasa xdpt nak tahan lagi....

pada peserta 7hari detox teruskan usaha..mummy akan pantau dari jauh...dan pemenangnya akan mummy bagitau kemudian tapi mungkin bukan kat blog tapi mybe melalui email uolls k...

so okla mummy xdapat nak tahan sebak ni...tunggu entry seterusnya k...



Sunday, March 21, 2010

3 Series Birthday Giveaway - The Fact about E-car






yeay... sangat teruja nak join contest ahkak mummy ni...dulu nak join tapi masih lum ke arena blogging lagi..so pendam jerla...ha ni la saat2 yang mummy tunggu2...so mummy pun nak join contest sempena kak ecar ke arena 30tahun ni...walaupun xnampak pun yang kak ecar ni nak 30thn kan...jom tgk fakta2 tentang kak ecar...


3 Fakta tentang Kak E-car

Fakta 1- Rentetan perjalanan cupcake-car.blogspot.com


Oleh kerana kak ecar adalah sifu mummy dengan sukanya nak cerita fakta tentang hobi kak ecar ni iatu dlm bidang pastri...yang ni semua orang da tau kan...



fakta yg mungkin xramai yang tau...

-kak ecar memulakan hobinya dengan bercupcake-ing. Kak ecar ambik kelas cupcakes tu kat Sg Buloh pada hujung bulan Januari 2009...cupcakes pertama selepas menuntut ilmu adalah masa 29th bufday hubby kak ecar dan cukur jambul Alisha baby Ina iaitu adik ipar kak ecar..seterusnya menerima tempahan pertama daripada zura pada April 2009..hebatkan...


hasil kerjatangan kak ecar 1st time bercupcake-ing


-seterusnya kak ecar meluaskan lagi ilmunya dengan mempelajari ilmu membuat kek di loveliana pada bulan April 2009...



- Pada Januari 2010 kak ecar menuntut ilmu dalam pembuatan coklat pulak...lain daripada kek dan cupcakes..



- product terkini ialah 3 tier wedding cake steam buttercream yang kak ecar pelajari pada Januari 2010 juga daripada kak liana..kiranya walaupun kak ecar ni da pandai n kreatif tapi dia terus belajar dan belajar untuk kembangkan bisnessnya...congrate kak ecar...






Fakta 2 - Seorang wanita yang pandai bergaya a.k.a vouge...


Disebabkan mummy memang sukakan kecantikan so mummy nak buat fakta tentang kak ecar seorang wanita yang sgt pandai bergaya..mummy panggil kak ecar ni vougeh gitew.....( ni fakta okey bukan bodek)...yang ni semua pasti tau kan...meh mummy tunjukkan dengan bukti sekali..kot2 ada yang terlepas pandang...








fakta yg mungkin xramai yang tau...

kak ecar ni peminat majalah Glam..kak ecar penah kata setiap bulan wajib beli majalah ni...dulu kak ecar melanggan jer majalah ni tapi bila selalu xder rumah n bila posmen hantar majalah ni selalu rosak sbb tu kak ecar beli jer setiap bulan...so kat rumah kak ecar siap ada rak yang tersusun rapi semua majalah2 ni..banyak giler... xheranla kalau kak ecar ni pandai berfesyen...sampai korang xkan percaya yang kak ecar ni pernah memiliki badan yang chubby tau termasukla mummy...ni buktinya..so kalau nak tau camner kak ecar leh langsing skang ni ialah kak ecar selalu swimming...




Fakta 3- Kisah Kejayaan penyusuan Kak Ecar untuk Eiymann..

Fakta ni mummy pasti semua yang mengikuti kak ecar tau tentang kejayaan kak ecar menyusukan Eiymann secara exclusive tanpa susu formula sehingga ke hari ini dan Eiymann da nak 3thn da....ramai yang jadikan kak ecar ni inspirasi termasuk mummy..so kak ecar adalah Breastaurant untuk Eiymann tak kira di mana... kak ecar akan direct breasfeed si Eiymann....



see..selamba jerkan..sgt kagum...



fakta yg mungkin xramai yang tau...

walaupun kak ecar ada gadget2 untuk merialisasikan lagi misi BF ni seperti pam.. tapi satu gadget yang kak ecar mmg xpernah ada dan xpernah guna...nak tau apa? WARMER...ha kak ecar mmg xpernah beli warmer tau walaupun dia ada gadget2 penyusuan yang lain...selalunya BF mom mesti ada beli warmer..dulu ingat nak tnya pendapat kak ecar pasal warmer tapi kak ecar kata mmg dia selalu BF direct jer..sebab taska Eiymann dalam kawasan tempat keja kak ecar jer...so sebab tu kak ecar xperlukan warmer...




kalau nak di ikutkan mummy nak bercerita lagi tapi max hanya 3 fakta jer...so mummy xnakla hover plak kan....cukup la 3 fakta yang mummy rasa cukup menggambarkan siapa dia Kak Ecar...



Pesanan Buat Kak Ecar a.k.a Kakak Angkatku yang vogeh...

Sempena menyambut hari kelahiran Kak Ecar pada 25 March ni...adikmu nak ucapkan selamat ulangtahun yang ke 30 dan semoga kak ecar panjang umor dan terus maju dalam bisness dan dikurniakan cahaya mata lagi selepas ini...ini impian kak ecar kan?..dilla bertuah dapat kenal kak ecar sebab kak ecar banyak bagi moral support terutamanya tentang Bf sebelum ni...sampai dilla down pun kak ecar tetap tak jemu2 bagi support kat dilla..A big THANK untuk kak ecar....semoga ikatan antara adik dan kakak ni akan terus berkekalan..Amin..



so sebelum tu meh kita tengok penaja2 dalam giveaway ni...




: : cupcake-car : :



:: style-caR ::


myHPAfamily

so saper2 yang nak join leh la terjah blog kak ecar kat SINI...banyak hadiah-hadiah menarik menanti anda...
Dateline:
31 March 2010, 3pm





Saturday, March 20, 2010

Jalan2 Hujung Minggu- Putrajaya Hot Ballon / Motherhood Expo / Pameran Ikan

Minggu ni merupakan minggu paling bahagia buat mummy dan Sofea sebab mr papa balik setelah seminggu lebih kat terengganu...so we olls ambik kesempatan untuk spent time sama2 satu famili sebab ahad papa da balik semula kat terengganu...

so ari jumaat pas papa balik dari kerja terus g Putrajaya tgk belon panas..dekat jer dari umah wan sofea...10minit da sampai...so sampai jer punyala ramai manusia..so jom layan piccas yang ada ni yer..


antara suasana petang Jumaat yang lalu...










sofea teruja tgk belon2 ni...


dating ngn ummi qis sekali....



cuaca agak panas sampai sofea haus...cian sofea terpaksa minum camni...



ok ni plak citer hari sabtu...memang da plan nak g midvaley sebab nak g mothercare sebenarnya nak g beli botol sofea...da alang2 tu ada motherhood expo so terjah kejap tgk apa yang menarik...tapi pic tak banyak sebab time ni sofea da meragam nak tido..so pegi pun kejap jer...

time g expo ni terjumpa plak ngn kak ecar...tapi xsempat nak bergedix gambar sebab kak ecar tengah bz dekat booth buku dan sofea plak da nangis2..so sempat lambai n senyum2 mesra jerla...so jom layan piccas yg ader ni yer..




terjah kat booth heinz kejap..

kat sini sempat beli barang tuk sofea...beg untuk letak barang2 sofea...ada sale..so mummy rembatla...

ha ni antara barang2 yang mummy rembat tuk sofea...sempat g kat booth pa&ma tapi sayang xdpat nak buat p/shoot free tuk sofea time ni sebab sofea da menangis...so lupakan niat tu jerla..



ha ni la benda yang mummy nak beli tuk sofea...botol susu MAM..sgt susah nak dptkan brand ni...so setiap kali nak beli mmg wajib g midvaley tuk dapatkan botol ni....sebab sofea mmg xnak botol lain da..so kenala mummy berkorban g midvaley setiap kali nak beli botol ni..


ha see...sofea da tido...anak mummy ni xmo tido kat stroller so kenala mummy dukung....so tak dapatla nak ronda satu midvalley sebab sofea da zzZZzzz...


Oleh kerana sofea tido we oll batalkan nak makan kat midvalley...so terus balik..on da way balik sofea bangun..so singgah plak kat south city plaza kat serdang sebab da area rumah...so g makan kat Old Town jap....tapi xder piccas makanan sebab da lapar sangat...hehe..




sempat posing sebelum makanan sampai...


ha tengok..da tak ngntuk plak si kecik ni..



pas makan jalan2 dan tengok ada plak pameran ikan...so layan japla pameran tu cuci mata...so jom layan piccas...











so minngu ni mummy sangat2 hepi...tq abang sebab sudi luangkan masa bwk mummy dan sofea jalan2....lain kali bawakla lagi yer...ngee



Thursday, March 18, 2010

Jumpa artis kt Kolej Inti Subang Jaya..

ermm semalam cam biasa mummy kena kutip agreement student kat Kolej Inti Subang Jaya...so anggaran student semalam 149org...ikutkan harini pun mummy kena pegi sana tapi da settlekan keja semalam..so arini relax...



so sedang syok2 check agreement student ni masukla sorang awek ni...dari jauh da nampak..cun tu...lain dari student yang lain..sebab aper tau? sebab kolej Inti ni majoriti student dia chinese..so terus pandang jer dia ni..yerla orang cantik kan..tp masa tu dalam hati da kata da..eh ni mcm pelakon awan dania tu la...tp buat tak reti jer lagi sbb nampak lain skit..dalam tv nampak dia ni cam chubby..tp kat kuar punyala kecik selim-melim gitew...


so check punya check ada prob ngn agreement dia..dia x bawak setem hasil..so suruhla dia g beli dulu baru antar..lpas dia dtg balik barula mummy n kawan mummy duk sibuk interview dia sambil mummy semak aggrement dia...frendly dia ni..tgk ic la...muda lagi..tahun 1990 dia ni...


dia ni ambik course Mass Communication...nama panjang gak tapi x ingat sbb nak cpat...dalam2 nak cpat sempat gak mummy bergambar dgn dia...dia nak cpat time tu sebab ada penggambaran drama terbaru kat tv 1 dan tv 3..sempat gakla borak2 ngn dia pasal artis2 ni...ermm ni gosip so mummy xleh citer yer...hehe rahsia bersama...


so ni la pic yang sempat mummy ambik semalam...kalau uolls tgk citer awan dania sure kenal dia ni..ala yang pramugari ala2 tomboy tu..tapi dia kat luar lembut n ayu giler..dia kata tu berlakon jer...menjiwai watak..mmg totally lain watak sebenar dia..pelakon katakan..tapi da byk jgk drama dia berlakon...cuma perasan ngn tak perasanla...tp aritu Intan Ladyana datang nak byr loan dia xsempat nak bergedix gambar dengan dia...huhu...








Tuesday, March 16, 2010

Contest Makeup, Fashion & Stylish Day By SaraHata

salam...kali ni mummy nak join contest yang di anjurkan oleh Sarahata iaitu Contest Makeup, Fashion & Stylish Day...paham-paham jerla..mummy mmg excited kalau berkaitan dengan mekap-mekap dan kecantikan ni...sangat teruja..so kalau uolls nak tgk syarat2nya leh la pergi blog cik Sarahata...so jom layan entri tentang contest ni yer....




6.Letakkan hanya SATU gambar artis atau selebriti yang anda suka.Terangkan mengapa anda suka dan mengagumi beliau,pencapaian beliau.

Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Taruddin....saper tak suka dan mengagumi beliau kan...mummy adalah antara ribuan peminat yang meminati dan mengagumi beliau. Dari awal pembabitan lagi mummy da mula suka kat Siti ni....ok meh nak citer kenapa mummy suka sgt dengan wanita yang bernama Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Taruddin ni...


1) mummy suka sgt dengan suara Siti yang lain dari yang lain...lemak merdu..lenggok suara Siti yang best ni buatkan semua lagu-lagu dalam album dia jadi enak di dengar...antara lagu yang paling mummy suka sehingga ke hari ini ialah wajah kekasih dan aku cinta padamu..sebab tu mummy tak pernah lepas untuk dapatkan semua album2 Siti dan setiap majalah yang terpampang wajah Siti..serius mummy katakan mummy sanggup habiskan duit semata-mata nak dapatkan setiap album Siti yang original dan majalah yang berkaitan dgn Siti..


2) mummy suka dengan kecantikan yang ada pada Siti Nurhaliza...sebab mummy rasa Siti punyai wajah yang pakej..maksud mummy pakej cantik, ayu, comel dan manja..Kalau tengok muka Siti ni sejuk je mata memandang sampaikan mummy selalu terikut2 dengan gaya solekan Siti ni walaupun mummy bukanla pro dalam bab-bab mekap ni...tapi mummy cuba ikuti setiap gaya mekap dari Siti...sgt cantik dan menawan


3) mummy suka cara Siti berpakaian..sangat sopan dan menawan..sampai satu tahap gaya Siti ni jadi ikutan..kalau tak tak derla keluar tudung dato' Siti..blouse Dato' Siti..bagi mummy Siti merupakan satu fenomena dalam berfesyen..jujur mummy katakan mummy jadikan pakaian Siti sebagai inspirasi dalam bergaya..Siti nampak manis dan anggun setiap kali berfesyen...


4) mummy suka dengan pencapaian Siti dari awal pembabitan sampaila ke hari ini..mummy jadikan inspirasi tuk mummy berjaya macam Siti Nurhaliza..segalanya bermula dari bawah sehingga nama Siti Nurhaliza tercatat dalam The Malaysia Book Of Records, Most Awards Won Artiste, sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah sepanjang 13 tahun..kalau uolls nak tau setakat tahun 2008 jer award Siti berjumlah lebih dari 100 buah anugerah..banyak kan..sampaikan negara Jepun pernah buat ukiran patung Siti Nurhaliza tau..sangat-sangatla popular insan yang bernama Siti Nurhaliza ni..


5) selain pencapaian Siti dalam bidang nyanyian mummy suka sebab Siti juga berjaya dalam bidang komersial..banyak iklan-iklan yang menggunakan Siti sebagai Duta antaranya Duta Muhibah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Duta Tabung Yayasan JUSCO (With All Our Heart), jurucakap untuk Maybelline, Nippon Wiper Blade (NWB), BLEU, Pepsi, Telefon Mitsubishi Trium, TMnet Prepaid, Minolta D’iMAGE Malaysia, Samsung, Maxis, Olay dan Pantene. mesti uolls ingat semua iklan2 ni kan...


6) mummy paling suka sekali dalam banyak-banyak perkara tentang Siti ialah sifat rendah diri dan tak sombong langsung dengan peminat..ni mummy cakap kenyataan yer..bukan rekaan..sebab mummy da berjumpa sendiri secara live Dato' Siti ni..time tu mummy jumpa Siti kat belakang pentas sebab dapat tiket VIP..bayangkan da penat-penat buat show sempat sembang-sembang dan layan peminat..yang ni mummy salute la...ni bukti mummy jumpa Siti..tapi pic ni masa we olls sama2 anak dara...hehe 5 tahun lepas...abaikan muka mummy yang sangat tembam di kala itu yer..


ermm..kalau nak cerita pasal Dato' Siti Nurhaliza 100 muka surat pun tak abiskan...so 6 perkara di atas merupakan antara sebab-sebab mummy suka dan kagum dengan Dato' Siti Nurhaliza..sampai bila-bila pun Dato' Siti Nurhaliza tetap dihati..dan prinsip yang ada pada Siti iaitu Tak Mati Dek Keji, Tak Hidup Dek Puji ni mummy jadikan prinsip hidup mummy jugak...


Ok sekarang mummy nak cerita pulak serba sedikit pasal event anjuran cik Sarahata ni..



Pada yang tak nampak detail kat atas ni meh mummy ceritakan sikit tentang event ni...


Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Regency Hotel,Jalan Imbi
Masa : 2pm - 630 pm
Yuran : RM250
Tema : Purple + White & Purple + Black



Aktiviti :

Sesi 1 [ 2pm-345pm]
1.Pengenalan kepada alat makeup asas.
2.Teknik blending foundation dengan kesesuaian kulit.
3.Teknik menutup noda dan lingkaran bawah mata.
4.Teknik memakai eyeliner,mascara dan eyeshadow.
5.Teknik memakai blusher & memakai bulu mata palsu.
6.Aplikasi pemakaian gincu.


something special : [345pm-415pm]


Sesi 2 [415pm-6pm]
1.Pengenalan apa itu fesyen?
2.Mengenali diri dan bentuk badan.
3.Teknik mix & match.
4.Teknik memilih aksesori,handbag dan kasut.
5.Teknik membeli jimat tapi bergaya.
6.Sesi photoshoot FREE dan banyak lagi yang menarik.


Peserta akan diberi Sijil,modul,bulu mata palsu,triangle sponge,dan blusher,eyeshadow diberi PERCUMA setiap seorang!

*Peserta sila bawa foundation,compact/pressed powder,eyeliner,mascara,lipstick,lipglos

s,gam bulu mata.


Berminat?

Pembayaran :
Deposit RM100 atau pembayaran penuh ke akaun Siti Sarah Mohamad Hata
Maybank : 164409563420
CIMB : 12240067860521
Email : sarahataresources@gmail.com
Call/SMS : +6013-269 5329 [Sarah] +6013-269 5328 [Syed]

CEPAT!CEPAT!tempat adalah terhad

so tunggu apa lagi... pada uolls yang minat dalam bab-bab mekap dan kecantikan ni jomla joinkan diri anda kerana dirimu begitu berharga..

tapi uolls jugak boleh mencuba nasib dengan sertai Contest Makeup, Fashion & Stylish Day seperti yang mummy buat ni..uolls nak tau hadiah tak? ha meh nak tunjuk..

Hadiah :
Dijemput menghadiri event EKSKLUSIF "makeup,fashion & stylish " secara PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang baik ini ya..
hanya 2 pemenang akan dipilih...

Tarikh tutup :27 MARCH 2010


Detail lanjut bolehla mengunjungi blog SARAHATA kat SINI..mana tau ada rezeki uolls...oh yer sebelum terlupa..mummy mengetahui contest ini dari blog cik pinkypwincess yer..


so pada Cik Sarahata mummy da join contest yang sangat best ni..hope berjayala dapat salah satu tempat tu yer..kalau ada rezeki mummyla...kalau ada yang tak lengkap di mata Cik Sarahata inform mummy yer...







Thursday, March 11, 2010

hasil setelah 2minggu berdetox..

setelah 2 minggu mummy berdetox, mummy da berjaya mengurangkan 4kg dlm 2 minggu...ingat nak tunjuk gambar timbang tapi tak beli2 lagi timbang digital...takder masa lagi nak g survey...kalau saper2 tau bagitaula mummy mana nak cari ek...tapi xmo la yang mahal2 sgt...biarla berpatutan harganya...hehe kedekut tul mummy ni kan..

memandangkan ada yang nak join lagi program ni...so mummy alu2kan..janji tarikh tutup akhir bulan Mei ok...tak kisahla mula awal atau lambat yer...so sekali lagi mummy nak ingatkan sila la update seperti yang mummy war2kan pada awal program...ramai peserta yang tak update lagi...tak adil untuk peserta yang lain k....pada peserta.. mummy da letak link uolls kat bloglist peserta detox k...lehla check...sila inform mummy kalau ada yang tak tersenarai...


so ni la hasilnya setelah 2 minggu berdetox...harap2 berjayala misi mummy akhir bulan Mei ni...





Wednesday, March 10, 2010

Dinner PTPTN @ Dewan Perdana Felda



entri kali ni just piccas jerla yer...sbb da lama pnya story...so layan piccas jerla yer...







sofea wit untie pinky


wit my sis...satu2nya adik perempuan mummy





wit sofea n wan sofea



sofea yg notti




sofea ngn wan