www.e-referrer.com

Wednesday, August 19, 2009

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009


kali ni mummy terjumpa satu contest yg sgt mummy rasakan sangat menarik..penyusuan susuibu..tapi kali ni mummy lebih kepada sharing daripada memikirkan soal kemenangan...peraduan ni di anjurkan oleh mom's choice..jutaan terima kasih atas contest yg boleh memberi manfaat terutama buat ibu2 dan bakal ibu...syukur mummy sempat join contest ni sbb closing date 22/8/09..so bagi BF2 mom jom join contest ni di samping dpt mempromosikan tentang penyusuan susu ibu...

Terma dan syarat peraduan:
Terbuka kepada semua penulis blog.
Buat 1 entri di blog anda untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu dengan cara paling menarik dan kreatif. DONE
Entri boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
Copy & paste logo peraduan ini di permulaan entri anda. DONE
Linkkan logo itu kepada entri ini.
DONE
Masukkan blog Mom’s Choice dalam blog list anda. DONE
Tinggalkan komen di sini dengan menyertakan link terus ke entri anda yang menyertai peraduan ini. DONE
Peraduan bermula 1 OGOS dan berakhir pada 22 OGOS 2009.
Pemilihan pemenang akan diadili oleh para hakim yang dilantik oleh Mom’s Choice.
Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.




Say YES to Breastfeeding...entry ni Dilla dedikasikan buat para ibu dan semua reader tentang kebaikan susuibu..Dilla merupakan ibu baru..baby Sofea dilahirkan pada tanggal 3/7/09..alhamdulillah sebaik sejam Sofea dilahirkan Dilla dpt menyusukan Sofea dan sudah pasti susuibu..sehingga ke hari ini Sofea masih mendapat khasiat terbaik daripada Dilla tanpa susu formula walaupun byk pihak yang ingin sogokkan baby Sofea dgn susu formula..tak cukup kata mereka...pasti ada yang kata Dilla masih baru dalam penyusuan ni kan?apa yang nak dibanggakan kalau nak dibandingkan dengan mereka yang da breastfeed sampai 6bln dan ada yang berjaya sehingga 2 tahun..biar apa pun tanggapan orang dilla tetap bangga dapat menyusukan Sofea dan Insyaallah Dilla akan meneruskan penyusuan susuibu selama yang boleh..ni antara soalan2 yg berkaitan Breastfeeding yg Dilla ingin kongsikan...

Bila? tentu semua nak tau bila Dilla berhasrat dan niat nak Bf ni kan..sebenarnya sejak Dilla prgnantkan Sofea lagi Dilla dah niat dalam hati yg Dilla nak Bf dan akan Bf anak dalam perut ni..mmg niat jer xcukup kalau xder ilmu yang cukup..itu yg menjadi masalah buat ibu2 muda cam Dilla ni...mmg zero knowledge pasal Bf ni...

Bagaimana? So untuk itu Dilla telah tekadkan dlm hati untuk cari ilmu pasal Bf ni..dan paling mudah dan senang di zaman IT ni Dilla byk search internet, join forum2 berkaitan Bf ni dan paling Dilla seronok sgt join ibu2 dalam forum...di samping dpt ilmu dan pengalaman Dilla dpt menambah kawan2 yg punya niat yg sama dgn Dilla...Susuibu.com merupakan tapak mulanya ilmu yg Dilla perolehi hari ini..terima kasih pada kak ecar yg kenalkan laman web ni..sgt berguna..selain itu teman2 jgk byk membantu dan memberi perangsang buat Dilla pasal Bf ni..Dilla bersyukur dgn ilmu yg Dilla dpt ni...selain 2 Dilla jgk rajin search gadget2 untuk Bf bagi merealisasikan proses Bf Dilla nati maklumla Dilla ibu bekerjaya pasti memerlukan gadget spt pam..

Mengapa? kenapa Dilla pilih untuk Bf..sedangkan susu formula berlambak2 kat pasaran..ckp jer jenama apa suma tersedia..Dilla bersyukur baby Sofea xkena jaundis setelah dia dilahirkan..semua tu kerana kebaikan susuibu yang ALLAH kurniakan buat setiap ibu yg xdpt di beli dimana2 dan khasiatnya melebihi semua susu formula yg ada walau jenama terbaik sekalipun..anak manusia seharusnya diberi susu manusia..adalah hak setiap anak menikmati susu ibunya sendiri..selain tu anak yg Bf ni jauh lebih rapat dgn ibunya dan terbukti anak2 yg diberi susu ibu lebih bijak..darah daging yg dibentuk adalah dari kita sendiri bkn dari haiwan atau bahan tiruan..sebab tu la Dilla pilih Bf...


Mmg bukan mudah menjadi Bf mom..perlu ada usaha, keyakinan dan paling penting ILMU...ni based on pengalaman Dilla sendiri..masa mula2 Dilla pam susu untuk bt stok hanya dpt 1oz jer per sesion..bygkan..dlm hati sedih dan tertanya tak cukup susu ke aku ni?mmg hampir2 down sgt...mujurla ada teman2 dan tekad dalam hati Dilla kalau ibu angkat boleh menyusukan anak inikan pula aku..Dilla bangkit semula dan tukar jadual pam dari 3kali kepada 5kali selain direct Bf dan alhamdulillah sekarang susu Dilla bertambah..semoga Allah murahkan rezeki Sofea untuk terus menikmati kebaikan susuibu dari Dilla...
Pada ibu2, Dilla bukanlah arif tentang Bf ni dan mugkin tidak layak untuk berckp lebih tp percayalah setiap cabaran pasti ada penyelesaiannya..jgn berputus asa dan paling penting jgn dengar kata2 negatif yang ingin melemahkan semangat kita...Dilla percaya dan akan pegang kata2 ni...Bf itu datangnya dari pengalaman dan dari pengetahuan..kita akan jd lebih baik dan terbaik dengan pengalaman..tanpa pengorbanan jgn bicara tentang kejayaan yg akan kita perolehi untuk si comel yg kita kandungkan selama 9bulan..jadi sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009 ni jom kita ramai2 tingkatkan usaha dlm memberikan yg terbaik buat anak2 kita semestinya penyusuan susu ibu...usaha tangga kejayaan..SEMOGA KITA BERJAYA! SAY YES TO BREASTFEEDING!

10 comments:

Natt_Alias said...

cayok..cayok..nat sokong dila 100%..bkn senang jd BF-mum..apepun same2 kte kuat semanga utk trs BF our babies..same kte tmbhk' ilmu BF k..

bukhairiah said...

truskan bf..saya pon still bf...my gurl dh masuk 9bulan...bharap sgt leh truskan smap 2thn lbh..coz ms abgnya dulu, cuma sempat smp 10 bulan sj..tp tu pon rs bsyukur sgt..

Arissa Adlina said...

Ieda sokong dilla 100%, memandangkan ieda sendiri ibu baru dan still BF baby walaupun baru 3 bulan tapi ieda harap kita sama2 berjaya BF bb seberapa lama yang boleh...same2 kita belajat dan terus mencari ilmu ttg BF yer...

nur rabiatul adawiyyah said...

atul sokong dilla tapi atul tak leh komen sangatlah coz maisarah dulu sempat bf sampai 4 bulan lebih je..ingat second bb ni baru nk cube..

Unknown said...

ye dilla truskan semangat utk mnjd BF-mummy.. sama2lah kita balajar n terus mancari ilmu ttg BF dan kongsi bersama supaya ibu2 baru seperti kita dpt menruskan BF kpd bby..ieza dulu pun prnah down tp kata2 semangat dr dilla n mmber susan lain mnjadi ieza lbh berusaha utk trs BF pada bby ieza.. tq my frenz..

Unknown said...

ye dilla..teruskan semangat utk menjd BF mummy... dan sama2 la kita blajar n terus mencari ilmu ttg Bf supaya dpt di kongsikan kepada ibu2 sperti kt suatu masa dulu..ewahhhh (br 3 bln aje jd BF mama blum grade pun lg).. Ieza prnah down tp dgn kata2 semangat dr Dilla n memner2 susuan lain menjd ieza trus berusaha utk menjd BF mummmy selama yg mgkin...

Mummy_Sofea said...

thanx fren..dilla pun bdk baru blajar byk cbran yg mendatang..semoga kita dimurahkn rezeki dr Allah..amin

Lisa Ineles said...

go go girl..u can do it..sama2 kite terus bf anak2 kite sgn susu terbaik yang Allah kurniakan...jangan lupa buat stok banyak2 k....hehehe..

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

dilla cayunk..
gud luck utk contest ni gaks.. sesamer lar kite jd BF-ibu yg b'jaya.. klu k.e-caR blh buat, dilla pasti blh gaks.. ingt, alwiz think +ve!!

thnx mentioned nama k.e-caR..

sharing is caring n loving rite!

Zimah said...

good luck!
bleh berkongsi info psal BF nih..
sy budak baru belajar..