www.e-referrer.com

Tuesday, March 16, 2010

Contest Makeup, Fashion & Stylish Day By SaraHata

salam...kali ni mummy nak join contest yang di anjurkan oleh Sarahata iaitu Contest Makeup, Fashion & Stylish Day...paham-paham jerla..mummy mmg excited kalau berkaitan dengan mekap-mekap dan kecantikan ni...sangat teruja..so kalau uolls nak tgk syarat2nya leh la pergi blog cik Sarahata...so jom layan entri tentang contest ni yer....




6.Letakkan hanya SATU gambar artis atau selebriti yang anda suka.Terangkan mengapa anda suka dan mengagumi beliau,pencapaian beliau.

Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Taruddin....saper tak suka dan mengagumi beliau kan...mummy adalah antara ribuan peminat yang meminati dan mengagumi beliau. Dari awal pembabitan lagi mummy da mula suka kat Siti ni....ok meh nak citer kenapa mummy suka sgt dengan wanita yang bernama Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Taruddin ni...


1) mummy suka sgt dengan suara Siti yang lain dari yang lain...lemak merdu..lenggok suara Siti yang best ni buatkan semua lagu-lagu dalam album dia jadi enak di dengar...antara lagu yang paling mummy suka sehingga ke hari ini ialah wajah kekasih dan aku cinta padamu..sebab tu mummy tak pernah lepas untuk dapatkan semua album2 Siti dan setiap majalah yang terpampang wajah Siti..serius mummy katakan mummy sanggup habiskan duit semata-mata nak dapatkan setiap album Siti yang original dan majalah yang berkaitan dgn Siti..


2) mummy suka dengan kecantikan yang ada pada Siti Nurhaliza...sebab mummy rasa Siti punyai wajah yang pakej..maksud mummy pakej cantik, ayu, comel dan manja..Kalau tengok muka Siti ni sejuk je mata memandang sampaikan mummy selalu terikut2 dengan gaya solekan Siti ni walaupun mummy bukanla pro dalam bab-bab mekap ni...tapi mummy cuba ikuti setiap gaya mekap dari Siti...sgt cantik dan menawan


3) mummy suka cara Siti berpakaian..sangat sopan dan menawan..sampai satu tahap gaya Siti ni jadi ikutan..kalau tak tak derla keluar tudung dato' Siti..blouse Dato' Siti..bagi mummy Siti merupakan satu fenomena dalam berfesyen..jujur mummy katakan mummy jadikan pakaian Siti sebagai inspirasi dalam bergaya..Siti nampak manis dan anggun setiap kali berfesyen...


4) mummy suka dengan pencapaian Siti dari awal pembabitan sampaila ke hari ini..mummy jadikan inspirasi tuk mummy berjaya macam Siti Nurhaliza..segalanya bermula dari bawah sehingga nama Siti Nurhaliza tercatat dalam The Malaysia Book Of Records, Most Awards Won Artiste, sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah sepanjang 13 tahun..kalau uolls nak tau setakat tahun 2008 jer award Siti berjumlah lebih dari 100 buah anugerah..banyak kan..sampaikan negara Jepun pernah buat ukiran patung Siti Nurhaliza tau..sangat-sangatla popular insan yang bernama Siti Nurhaliza ni..


5) selain pencapaian Siti dalam bidang nyanyian mummy suka sebab Siti juga berjaya dalam bidang komersial..banyak iklan-iklan yang menggunakan Siti sebagai Duta antaranya Duta Muhibah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Duta Tabung Yayasan JUSCO (With All Our Heart), jurucakap untuk Maybelline, Nippon Wiper Blade (NWB), BLEU, Pepsi, Telefon Mitsubishi Trium, TMnet Prepaid, Minolta D’iMAGE Malaysia, Samsung, Maxis, Olay dan Pantene. mesti uolls ingat semua iklan2 ni kan...


6) mummy paling suka sekali dalam banyak-banyak perkara tentang Siti ialah sifat rendah diri dan tak sombong langsung dengan peminat..ni mummy cakap kenyataan yer..bukan rekaan..sebab mummy da berjumpa sendiri secara live Dato' Siti ni..time tu mummy jumpa Siti kat belakang pentas sebab dapat tiket VIP..bayangkan da penat-penat buat show sempat sembang-sembang dan layan peminat..yang ni mummy salute la...ni bukti mummy jumpa Siti..tapi pic ni masa we olls sama2 anak dara...hehe 5 tahun lepas...abaikan muka mummy yang sangat tembam di kala itu yer..


ermm..kalau nak cerita pasal Dato' Siti Nurhaliza 100 muka surat pun tak abiskan...so 6 perkara di atas merupakan antara sebab-sebab mummy suka dan kagum dengan Dato' Siti Nurhaliza..sampai bila-bila pun Dato' Siti Nurhaliza tetap dihati..dan prinsip yang ada pada Siti iaitu Tak Mati Dek Keji, Tak Hidup Dek Puji ni mummy jadikan prinsip hidup mummy jugak...


Ok sekarang mummy nak cerita pulak serba sedikit pasal event anjuran cik Sarahata ni..



Pada yang tak nampak detail kat atas ni meh mummy ceritakan sikit tentang event ni...


Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Regency Hotel,Jalan Imbi
Masa : 2pm - 630 pm
Yuran : RM250
Tema : Purple + White & Purple + Black



Aktiviti :

Sesi 1 [ 2pm-345pm]
1.Pengenalan kepada alat makeup asas.
2.Teknik blending foundation dengan kesesuaian kulit.
3.Teknik menutup noda dan lingkaran bawah mata.
4.Teknik memakai eyeliner,mascara dan eyeshadow.
5.Teknik memakai blusher & memakai bulu mata palsu.
6.Aplikasi pemakaian gincu.


something special : [345pm-415pm]


Sesi 2 [415pm-6pm]
1.Pengenalan apa itu fesyen?
2.Mengenali diri dan bentuk badan.
3.Teknik mix & match.
4.Teknik memilih aksesori,handbag dan kasut.
5.Teknik membeli jimat tapi bergaya.
6.Sesi photoshoot FREE dan banyak lagi yang menarik.


Peserta akan diberi Sijil,modul,bulu mata palsu,triangle sponge,dan blusher,eyeshadow diberi PERCUMA setiap seorang!

*Peserta sila bawa foundation,compact/pressed powder,eyeliner,mascara,lipstick,lipglos

s,gam bulu mata.


Berminat?

Pembayaran :
Deposit RM100 atau pembayaran penuh ke akaun Siti Sarah Mohamad Hata
Maybank : 164409563420
CIMB : 12240067860521
Email : sarahataresources@gmail.com
Call/SMS : +6013-269 5329 [Sarah] +6013-269 5328 [Syed]

CEPAT!CEPAT!tempat adalah terhad

so tunggu apa lagi... pada uolls yang minat dalam bab-bab mekap dan kecantikan ni jomla joinkan diri anda kerana dirimu begitu berharga..

tapi uolls jugak boleh mencuba nasib dengan sertai Contest Makeup, Fashion & Stylish Day seperti yang mummy buat ni..uolls nak tau hadiah tak? ha meh nak tunjuk..

Hadiah :
Dijemput menghadiri event EKSKLUSIF "makeup,fashion & stylish " secara PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang baik ini ya..
hanya 2 pemenang akan dipilih...

Tarikh tutup :27 MARCH 2010


Detail lanjut bolehla mengunjungi blog SARAHATA kat SINI..mana tau ada rezeki uolls...oh yer sebelum terlupa..mummy mengetahui contest ini dari blog cik pinkypwincess yer..


so pada Cik Sarahata mummy da join contest yang sangat best ni..hope berjayala dapat salah satu tempat tu yer..kalau ada rezeki mummyla...kalau ada yang tak lengkap di mata Cik Sarahata inform mummy yer...







8 comments:

joegrimjow said...

mesti ramai gadis2 masuk ni

ch@ said...

waaa...nak pakai faoundation pun berejam, tgn kayu la kite dilla ;)

sarah hata said...

Hye mummy...sungguh minat ya pd cik siti..sarh bace entri pasal cik siti barulah sara tau die menang apa,sampai pihak jepun pun ada buat ukiran patung siti..
good job!

-sarahata-

Mummy_Sofea said...

joe- xkira gadis ker mak org leh join..hehe

Mummy_Sofea said...

cha - leh blajar cha..msti xkayu da..

Mummy_Sofea said...

sarahata- tq dear dtg melawat..sgt suker..mmg minat giler kat siti..klau nak citer byk lagi sbnarnya tp takut org xnak baca plak..cukupla yg ada tu yer..hope ada rezeki mummy..tq sara

Mummy_Sofea said...

sarahata- tq dear dtg melawat..sgt suker..mmg minat giler kat siti..klau nak citer byk lagi sbnarnya tp takut org xnak baca plak..cukupla yg ada tu yer..hope ada rezeki mummy..tq sara

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

gud luck darling.. insyallah ade rezeki ku pos kan sign dato ct.. waaa dah berangan dah ...